Rakyat kenal PAS, rakyat juga kenal siapa Husam

Menurut beliau, kemenangan yang selama ini berpihak kepada kerusi ditandingi Husam bukanlah atas faktor individu, sebaliknya ianya berkait rapat dengan pilihan rakyat terhadap parti yang bertanding.

“Bagi saya, perkara ini perlu serah kepada rakyat untuk PRU, sebab rakyat sudah kenal PAS dan rakyat juga sudah kenal siapa Husam.

“Sebelum ini kemenangan dia di Kubang Kerian, di Kijang di Salor malah saya sendiri di Kota Bharu adalah kerana rakyat memilih PAS. Beliau tidak boleh mendabik dada. Sebab kerusi-kerusi berkenaan sebelum beliau bertanding pon masih milik PAS,” katanya kepada TheRakyatPost.my.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Husam yang berhasrat merampas Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan negeri berkenaan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Dalam perkembangan berbeza, beliau turut memberikan respon terhadap kenyataan Pemangku Yang Di Pertua (YDP) PAS Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang meminta Takiyuddin untuk bertanding di kerusi yang akan ditandingi Husam pada PRU14 akan datang.

Menurut beliau, cadangan melibatkan calon PRU tidak seharusnya disuarakan oleh individu ekoran keputusan mengenai perkara terbabit akan dicapai melalui perbincangan di peringkat pusat dan juga Majlis Syura.

“Sepatutnya orang lain yang beri pandangan, lagipun dalam hal ini apa yang penting sekali adalah PAS, bukan calon.

“Sesiapa pun yang jadi calon tidak kisah, parti yang bertanding itu yang lebih utama. Meskipun calon juga memainkan peranan, itu saya akui, tetapi siapa yang perlu jadi calon bukan keputusan individu,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri