Vajiralongkorn menaiki takhta pada 1 Disember baru-baru ini selepas kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lepas.
“Ini merupakan peluang pertama sejak baginda menaiki takhta untuk menunjukkan belas kasihan baginda.
“Banduan yang dipenjara kerana menghina monarki dan kesalahan dadah juga layak menerima pengampunan baginda,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Kobkiat Kasivivat yang disiarkan akhbar diraja, Royal Gazette.
Bagaimanapun, seorang pegawai lain di jabatan berkenaan memberitahu, banduan yang disabitkan atas kesalahan membunuh dan merogol terkecuali.
Statistik Jabatan Penjara pada Julai lalu menunjukkan terdapat seramai 321,347 banduan di Thailand. – Reuters