Raja Permaisuri Agong kurnia anugerah pada 14 tokoh wanita

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menyampaikan anugerah kepada seramai 14 tokoh wanita berkenaan.

Antara personaliti terkenal yang menerima anugerah tersebut termasuk Pengasas Fashionvalet Vivy Yusof dan penerbit filem terkemuka Tiara Jacquelina.

Menulis di akaun instagramnya, Pandalela berkata anugerah tersebut merupakan satu penghargaan buat dirinya dan lebih bermakna ia disampaikan sendiri oleh Raja Permasuri Agong.

Neelofa berkata “Saya rasa berbesar hati menerima Anugerah Perniagaan di Tribute to Women Malaysia daripada Raja Permaisuri sendiri! Gemuruh kejap. Bila teringat balik semasa saya baru-baru memulakan perniagaan saya pada 2014, banyak cabaran dan dugaan yang dilalui… .”

Sementara itu Vivy Yusof pula menyifatkan majlis penganugerahan itu merupakan satu hari yang gembira untuk dirinya.

Bernama melaporkan anugerah yang diadakan buat kali ketiga itu bertujuan mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada wanita yang telah memberi sumbangan besar dan pencapaian cemerlang dalam profesion masing-masing.

Pengarah Urusan MSP Communication Sdn Bhd yang juga merupakan pengasas Tribute To Women Malaysia, Mahani Awang berkata penerima anugerah terdiri daripada pelbagai bidang antaranya pendidikan, seni dan budaya, sains dan teknologi, kemanusiaan dan usahawan muda.

Antara penerima anugerah lain ialah bekas wartawan, Adibah Amin bagi kategori pencapaian seumur hidup, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara Tan Sri Dr Robaayah Zambahari (sains dan teknologi) dan bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tan Sri Prof Emeritus Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (pendidikan).

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia