Raja kondom, Goh Siang dan kilang kondom terbesar di dunia di Pontian

Selain di Pontian, Karex kini ada dua buah kilang lagi iaitu di Port Kilang dan Hatyai, Thailand. Dengan besarnya jumlah kondom dan keuntungan yang mereka peroleh, Goh Siang kini dikenali sebagai Raja Kondom Dunia dan telah tersenarai antara 50 individu terkaya di Malaysia dengan harta lebih RM860 juta!

Segalanya bermula pada tahun 1988 apabila bapanya, Huang Chiat membuka kilang pertama mereka dengan menggunakan nama Banrub. Syarikat ini mencatatkan keuntungan besar daripada pelanggan mereka di benua Asia dan Afrika. Di Asia kerana populasinya yang besar manakala Afrika kerana di sanalah banyak berlaku epidemik HIV/AIDS. Turut menyumbang kepada kejayaan syarikat ini bila kerajaan China memperkenalkan polisi satu keluarga hanya satu anak. Hampir separuh daripada kondom yang dihasilkan oleh mereka dibeli oleh agensi-agensi antarabangsa untuk diedarkan secara percuma pada golongan miskin.

Nak tahu besar tak besar kilang Karex di Pontian ini, mereka ada 1,000 orang pekerja, beroperasi 24 jam sehari di kilang yang luasnya 3.4 hektar dan membekalkan kondom kepada 100 buah negara di seluruh dunia!

Carex juga telah mempelbagaikan produknya termasuk menghasilkan kondom pelbagai warna, kondom berperisa, cecair/ lubricant dan bagi menembusi pasaran Eropah, mereka dah menghasilkan kondom ‘glow in the dark’ yang bercahaya ala-ala Star Wars!

Dengan kegigihan syarikat ini dalam menggunakan ‘kesempatan’ pertambahan penyebaran penyakit berjangkit, mengandung tanpa nikah dan sebagainya, Karex dijangka akan terus kekal sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia dan Goh Siang akan terus kekal sebagai Raja Kondom Dunia dalam dekad yang akan datang!

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai