Rafizi lapor SPRM minggu depan skandal Selangor

Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan berkata, laporan itu akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 11:30 pagi.

“Suka saya memaklumkan kepada semua (termasuklah rakan-rakan Umno/Barisan Nasional yang seperti kadok naik junjung mendesak saya membuat laporan SPRM sedang mereka menikus mengenai 1MDB dan pelbagai skandal lain).

“Bahawa saya akan membuat laporan SPRM mengenai aduan salah laku (yang saya rujuk di dalam WhatsApp yang dibocorkan) pada tarikh dan waktu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Rafizi berharap rakyat memahami bahawa komitmennya kepada pencegahan rasuah adalah tidak berbelah bahagi baik di dalam atau luar parti.

“Saya juga perlu sensitif kepada adu domba politik yang boleh mengeruhkan keadaan. Alhamdulillah Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Biro Politik membuat keputusan yang tepat seperti yang saya yakini dari awal.

“Presiden (Wan Azizah) bersama-sama Biro Politik mengarahkan bahawa saya membawa terus semua aduan yang saya perolehi sekarang ke SPRM agar siasatan telus boleh dimulakan,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan dalam perbualan WhatsApp yang dibocorkan wujudnya dakwaan berlaku salah laku rasuah dan habuan wanita dalam urusan dengan Kerajaan Selangor.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri