Rafizi dan tiga yang lain didenda RM1,950 anjur Blackout 505

Rafizi, 38, yang juga Ahli Parlimen Pandan, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, 39; bekas Sekretariat PKR, Muhammad Adib Ishar, 27, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menganjurkan perhimpunan Blackout 505 dengan gagal menyertakan salinan persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 12 Jun 2013 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Mereka turut mengaku gagal memaklumkan kepada Zainuddin dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur, antara pukul 2 dan 6 petang pada 22 Jun 2013.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) Akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum denda RM10,000, memetik Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap