Rafizi budak nakal yang inginkan perhatian

Kata Noh, setiap kali Rafizi membuat dakwaan, Setiausaha Agung PKR itu mahu kerajaan respon dan tidak berpuas hati sekiranya kerajaan mengambil pendirian berdiam diri daripada menjawab kenyataan fitnah beliau.

“Macam budak nakal, dia nakal kerana nak dapat perhatian. Kita marah dia, kita pukul dia dan dia rasa kita beri perhatian. Kalau kita biarkan dia, dia tak puas hati selagi kita tak bagi perhatian.

“Rafizi begitulah, dia bercakap (bila) kita buat tak tahu dia rasa tak seronok.

“Jadi dia nak cakap biar orang respon kerana bila dia bercakap itu fitnah. Itulah perangai raja penghasut,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini, hari ini.

Kata Noh, Rafizi layak digelar ‘Raja Penghasut’ dan sanggup masuk mahkamah kerana memfitnah demi meraih populariti murahan.

“Kalau nak menghasut ini bukan kira dalam parlimen atau luar parlimen, memang nak cari populariti. Kalau orang tak saman dia, dia rasa tak popular.

“Perangai dia nak popular, buat sesuatu tarik perhatian masyarakat supaya dapat perhatian.

“Dia boleh diberikan anugerah raja penghasut, raja fitnah. Dalam video dia mengaku mesti menghasut. Jadi kalau dia dah mengaku menghasut maka kita kena lihat hasutan dia dan bawa ke mahkamah, kita dapatkan ia satu fitnah.

“Macam kes NFC dia mulakan isu ini. (Rafizi) nak jadikan NFC ini isu yang besar akhirnya kita saman dia dan dapati dia bersalah dalam kes fitnah,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini memutuskan Rafizi bersalah kerana memfitnah NFC apabila mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan harta tanahnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri