Pusat itu menyatakan perkara ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berikutan dakwaan laporan penutupannya oleh beberapa penerbitan.
Ia mengesahkan ia telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membolehkan insiden itu disiasat.
Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, meninggal pada 1 Jun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas menerima rawatan di pusat pergigian swasta berkenaan di ibu negara. – BernamaÂ