Pusat pemindahan banjir di Pantai Remis ditutup

Pegawai Bencana Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Shamsur Shahuddin berkata kesemua 73 mangsa daripada 18 keluarga pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai 8 pagi tadi berikutan keadaan banjir telah pulih.

“Kebanyakannya telah pulang ke rumah awal pagi tadi untuk membersihkan rumah, kerana kawasan sekitar telah kering sejak semalam,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Cuaca di sekitar Pantai Remis ketika ini dilaporkan mendung.

Setakat ini, hanya pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang, Teluk Intan masih dibuka dengan menempatkan 17 penduduk daripada tiga keluarga. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia