PU Zahid meningal dunia

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi tadi di Hospital Tawau selepas mengalami sesak nafas.

Bapanya, Abdul Sabadin, 72, berkata sekitar jam 8.30 pagi tadi, Abdul Zaid, anak keempat daripada sembilan beradik itu sempat bersarapan di rumah bersama ahli keluarga lain.

“Selepas sarapan, dia ke tandas dan sebaik keluar dia kelihatan lemah dan nafasnya tercungap-cungap.

“Kami kemudian mengejarkannya ke Hospital Tawau namun sebaik tiba, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya memetik laporan Berita harian.

Abdul berkata, anaknya itu beberapa tahun pernah menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih, petang ini.

Abdul Zaid, pemenang tempat ketiga program Pencetus Ummah 2015 meninggalkan seorang balu, Fatimah Zahrah Abdul Syukur, 29, dan cahaya mata perempuan, Dhia Zahrah, berusia setahun setengah.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia