PRU14 mungkin dalam masa terdekat, kesukaran buat BERSATU

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata demikian memandangkan BERSATU perlu bersepakat dengan barisan pembangkang dalam soal pembahagian kerusi pada PRU14 ini.

Beliau berkata demikian sambil meramalkan bahawa pilihan raya mungkin akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

“Jika benar (pilihan raya lebih awal), cabaran paling besar untuk parti baharu itu adalah mendapatkan kesepakatan dan persetujuan bersama daripada parti pembangkang bagi membentuk satu kuasa yang padu.

“Sama ada menjadi parti yang bersendirian atau bersama pembangkang, cabaran besar dihadapi parti itu adalah mendapatkan persetujuan bersama terutama dalam hal berkaitan pengagihan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Berdasarkan pengalaman dan sejarah, telah terbukti bahawa setakat ini parti pembangkang gagal mencapai persetujuan bersama daripada soal pengagihan kerusi hingga mengenai dasar dan perjuangan parti masing-masing,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ulasnya lagi, Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal sebelum parti baharu bawah kepemimpinan Tun Mahathir Mohamad dapat bertapak. –BH Online

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri