Proses siasatan 1MDB tidak akan didedahkan, kata KPN

Khalid berkata, beliau juga percaya siasatan membabitkan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan itu juga tidak akan melibatkan tempoh masa yang panjang.

“Biar kami habiskan dulu siasatan. Kalau ada perkara baharu yang ingin dirungkaikan maka kita terpaksa panggil saksi baharu sebagai tambahan.

“Saya rasa kita juga tidak akan ambil masa yang lama untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya di Bukit Aman, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini membentangkan laporan mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa itu antara lain mengesyorkan agar pihak berkuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia