Ia menunjukkan kebanyakan daripadanya turut terlibat dalam propaganda bertujuan untuk memburukkan imej Turki dan pemimpinnya yang dihimpit satu demi satu kontroversi.
Akhbar The Independent menerusi laporannya seakan berat sebelah dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Mereka menggunakan tanda petikan pada perkataan treason (pengkhianatan) berikutan keraguan sama ada tindakan rampasan kuasa keatas kerajaan awam di Turki itu adalah satu bentuk jenayah atau tidak.
Selain itu, akhbar The Telegraph terlalu awal meminta respons pakar dan cuba untuk menyokong tindakan rampasan kuasa itu selain menggelar mereka sebagai ‘penjaga Perlembagaan sekular Turki’ dan tidak melihat kumpulan itu sebagai pengkhianat negara.
Sementara itu, akhbar The New York Times menyifatkan cubaan rampasan kuasa itu adalah masa yang sesuai untuk memberi peringatan kepada sesiapa yang taksub dengan Erdogan sebagai pemimpin autoritarian.
The Times of Malta pula bertindak lebih pantas berbanding penerbitan lain dengan mula memuat naik tweet berdasarkan kenyataan sumber Kesatuan Eropah (EU) yang memaklumkan rampasan kuasa itu mungkin akan berjaya.
Menerusi laporan The Daily Beast, ia menyatakan Erdogan telah memohon suaka di dua negara Eropah walaupun ketika tweet itu dimuat naik, pemimpin itu telah selamat mendarat di Istanbul.
VOX juga telah membuat rumusan sendiri yang jelas berat sebelah dengan mengeluarkan tajuk berita Erdogan is clearly threat to Turkish democracy and secularism (Erdogan adalah ancaman jelas kepada demokrasi dan sekularisme di Turki).– Sinar Harian