Program haji 1MDB akan diteruskan walau dikritik Tun M

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, perkara itu terbukti apabila jawatankuasa khas haji telah bersetuju menghantar 1,100 lagi bakal jemaah tahun ini.

“Tidak dapat dinafikan, kita turut terkesan apabila Mahathir buat tuduhan melulu mengenai mabrur haji seseorang dan saya rasa elok beliau tarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terusik sedikit pun dengan kenyataan Mahathir, sebaliknya telah memberi semangat untuk meneruskan lagi program ini,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Haji Program Khas YAB PM 2017 di Hotel Tabung Haji dan Pusat Konvensyen Terengganu, pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Jailani mencabar Mahathir menjawab sama ada haji 20 jemaah yang mengikuti program itu ketika anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih memegang jawatan Menteri Besar Kedah, mabrur atau sebaliknya.

“Beliau mungkin tidak perasaan sepanjang anaknya menjadi Menteri Besar Kedah dan Adun Jerlun, beliau turut menghantar 20 calon bagi mengerjakan haji di bawah 1MDB.

“Jadi, saya minta beliau jawab. Adakah haji 20 jemaah yang dicalonkan anaknya itu mabrur atau tidak,” katanya.

Seramai 4,611 jemaah haji telah terpilih mengikuti program berkenaan sejak ia diperkenalkan pada 2011. –Sinar Harian Online

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri