Sebanyak enam sekolah Tamil di Perak memulakan program DLP itu untuk murid tahun 1 dengan persetujuan ibu bapa semalam.
Penyelia sekolah Tamil Perak, N. Manoharan berkata demikian selepas memantau pendaftaran murid tahun satu pada hari pertama pembukaan sekolah semalam.
Sebanyak 49 sekolah Tamil dari seluruh negara di pilih mengikuti program DLP yang mana subjek Matematik dan Sains akan diajar dalam Bahasa Inggeris.
“Daripada angka itu enam sekolah Tamil di Perak dipilih untuk percubaan dan melihat keberkesanan program itu.
“Para ibu bapa telah memberi persetujuan untuk pelaksanaan program itu. sekiraya ibu bapa tidak memberi persetujuan, maka Kementerian Pendidikan tidak bersedia untuk melaksanakannya,” katanya.
Malah jelasnya, para ibu bapa diberi taklimat dan penerangan terperinci dan menyeluruh mengenai program DLP ini.
Sekolah berkenaan adalah SJKT St. Philomena,Ipoh, Chettiar, Kattoyong Tanjung Malim, SJKT Tapah, Tan Sri Manikavasagam dan SJKT Slim River, Perak.
Menurut beliau, ibu bapa percaya dan yakin dengan inisiatif kerajaan dan keupayaan sekolah Tamil untuk melaksanakan program ini dan bersemangat anak-anak dapat bermanfaat dengan pembelajaran dua subjek itu dalam BI di sekolah Tamil. – Malaysia Nanban