PRN Sarawak: Majikan boleh didenda, penjara jika larang pekerja mengundi

Beliau berkata, perkara itu diperuntukkan mengikut subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“SPR ingin menarik perhatian bahawa pada hari mengundi tiap-tiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi.

“Tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penaliti sebab dia tidak hadir kerja dalam tempoh itu,” katanya.

Hashim berkata para pengundi dalam bahagian piilhan raya itu juga boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman web SPR www.spr.gov.my.

Selain itu, pengundi boleh menghantar SMS dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 22 April ini, katanya.

Para pengundi juga katanya boleh menelefon terus ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-88927000) dan pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak di talian 082-254233 atau 082-254867.

Beliau turut berkata daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk “soft copy” atau CD akan dijual mulai 22 April ini manakala salinan keras pula pada 23 April ini.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai