PRK lancar jika ‘hayati’ Ramadhan

Beliau berkata, persiapan untuk menghadapi kedua-dua PRK kini sedang giat dilaksanakan bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

“Kita sudah tahu hari penamaan calon dan pihak polis sedang merancang persiapan menghadapi kedua-dua PRK ini.

“Insya-Allah, ini bukan PRK pertama kita, jadi kita dah banyak pengalaman mengendalikan PRK dan kita tahu apa nak dibuat.

“Semua perancangan akan diatur dan saya pasti proses penamaan calon dan pengundian akan berjalan lancar,” katanya selepas Majlis Serah/Tugas Jawatan Pengarah Jabatan KDNKA, di MES Pegawai Kanan di Ibu Pejabat Bukit Aman.

Dalam pada itu, Khalid juga menasihatkan semua pihak agar mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam menghadapi kedua-dua PRK itu.

“Bagi orang Islam, bulan puasa adalah untuk kita bersama beribadat. Kalau hayati bulan Ramadan, semua akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dari Barisan Nasional (BN) yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh 18 Jun depan bagi tarikh pembuangan undi secara serentak bagi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia