Jammeh yang memerintah Gambia secara kuku besi selama 22 tahun, awalnya mengakui pesaingnya, Adama Barrow sebagai pemenang pilihan raya Disember lalu, namun kemudian menolak keputusan itu dan menyifatkan sebagai tidak sah.
Beliau turut membuat aduan kepada Mahkamah Tinggi.
Sumber parlimen berkata, menurut perlembagaan Gambia, perintah darurat berlangsung selama 90 hari jika parlimen mengesahkannya. – AFP