Itu ketetapan daripada Mesyuarat EXCO FAM yang diumumkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah, pada Isnin.
Susulan itu, Afandi menyatakan badan induk bola sepak negara itu akan mempercepatkan Kongres FAM yang dijadual berlangsung pada 2018 kepada tahun hadapan.
Ini sekali gus memberi laluan kepada pemilihan semula barisan kepemimpinan FAM dengan barisan sedia ada termasuk Presiden kekal menyandang jawatan masing-masing sehingga tarikh kongres diumumkan.
“Atas dasar tanggungjawab bersama, EXCO FAM bersetuju untuk mengadakan kongres bagi memilih semula barisan kepemimpinan pada 2017. “Sekretariat akan meneliti tarikh yang sesuai untuk mengadakan kongres pada tahun hadapan,” kata Afandi. –BH Online