PPBM lebih popular berbanding Amanah di Selangor

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman enggan mendedahkan peratusan popular yang diperolehi Amanah walaupun mempunyai angka tersebut.

Kata Redzuan, beliau tidak mahu kenyataannya nanti disalahguna oleh media Harakah.

“Pasal Amanah ini saya tidak mahu sebut nanti sebab tidak boleh banding. Hendak banding lama lagi hendak pilihan raya.

“Amanah lebih rendah daripada Bersatu. Angkanya ada tetapi saya tidak mahu sebutkan nanti keluar dalam Harakah ‘Menurut Prof. Redzuan, pengundi Amanah terlalu rendah’.

“Saya cerita panjang tetapi yang keluarnya sedikit, saya tidak mahu,” katanya ketika membentangkan kajian tersebut di Hotel Carlton, Shah Alam di sini.

Menurut Redzuan, kajian menunjukkan sebanyak 35 peratus respondan pernah mendengar dan mengetahui kewujudan PPBM berbanding Amanah yang mendapat peratusan yang lebih rendah.

Mengulas lanjut mengenai Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Redzuan berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mempunyai aura seperti mana Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Generasi muda masih melihat Tun Mahathir sebagai ikon. Walaupun bersama pembangkang, aura itu masih ada.

“Tan Sri Muhyiddin tidak berani sangat. Anwar Ibrahim dipecat seluruh negara bangun, Muhyiddin dipecat tiada siapa bangun. Siapa pun tidak tahu, dia pun senyap selepas tidak jadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri