PPBM gugat kerusi Johor – Ka Siong

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, terdapat desas-desus mengatakan bahawa PPBM menyasarkan untuk bertanding di Muar dan Bakri pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Tegasnya kewujudan parti itu tidak seharusnya dipandang ringan kerana Muhyiddin sudah lama berkhidmat sebagai ahli Parlimen Pagoh.

“Jangan lihat PPBM sebagai sebuah parti baru, perhatikan mereka.

“Beliau (Muhyiddin) adalah pengaruh yang besar di sana dan menjadi cabaran besar bagi kami,” kata Dr Wee, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, ketika merasmikan mesyuarat bahagian MCA Bakri pada Sabtu.

Wee yang juga Pengerusi MCA Johor berkata, MCA telah mengenal pasti Bakri sebagai salah satu daripada 10 kerusi Parlimen yang mahu dirampas semula pada PRU-14.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri