PPBM akui BN masih kuat di Johor

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, berkata kerajaan negeri Johor yang dipimpin Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin masih sokongan utuh majoriti ahli dewan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Menteri Besar masih boleh mentadbir negeri dalam keadaan baik, selamat dan selesa.

“Beliau akan terus mentadbir negeri ini seperti dilakukannya pada hari ini (walaupun kehilangan majoriti dua pertiga),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bicara Rakyat Bersatu di Kampung Sungai Terap, MUAR, malam tadi.

Hadir sama ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Shahruddin mengakui sudah melanggar Perlembagaan UMNO dan sedia dipecat daripada parti itu apabila menerima jawatan Setiausaha Agung di PPBM.

Katanya, ini kerana mana-mana ahli parti yang melanggar Perlembagaan UMNO akan dipecat seperti pernah berlaku kepada pemimpin UMNO yang melakukan kesalahan sama sebelum ini.

“Dengan perginya saya ke PPBM ini, secara automatik, saya juga melanggar Perlembagaan UMNO. Ramai dalam kalangan ahli UMNO yang melanggar Perlembagaan sudah dipecat dan saya faham mengenainya.

“Sehubungan dengan itu, saya kira bahawa (kerajaan UMNO dan BN) di DUN Johor sudah tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam dewan,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri