Polis wanita diperintah bela diri tuduhan berkaitan Daesh

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian terhadap tertuduh Jusninawati Abdul Gani, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, Nordin berkata, tertuduh mempunyai maklumat bahawa saksi pendakwaan pertama (SP1) hendak ke Syria pada 12 November 2014.

”Selain itu, keterangan pegawai penyiasat selaku SP4 menunjukkan tertuduh tidak memberi apa-apa maklumat atau laporan mengenainya kepada pihak polis. Tertuduh seorang polis yang ditugaskan untuk menjaga keamanan dan tegakkan undang-undang,” kata Nordin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan yang dipercayai perbuatan keganasan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 130JA Kanun Keseksaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukakan di IPD Petaling Jaya di sini, antara Ogos 2015 dan Mac 2016, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap