Polis tiada sebab untuk tahan Ananda Krishnan, jelas KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah daripada mahkamah negara ini.

“Kami tidak boleh bertindak ke atas waran tangkap kerana tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

“Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, Selasa.

Beliau mengulas tindakan Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) yang dilaporkan memohon supaya waran tangkap berkenaan dikeluarkan.

Menurut laporan media, CBI mengemukakan permohonan waran tangkap berkenaan kepada mahkamah khas CBI berikutan saman gagal diserahkan kepada pihak yang dikaitkan dengan kes Aircel-Maxis. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia