Polis Terima Laporan Kariah Berkenaan Wanita Dakwa Suara Azan Ganggu Kejiranan

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan berhubung insiden seorang wanita didakwa memasuki Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi sebelum melontarkan pertanyaan berbaur provokasi terhadap jemaah.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung tindakan wanita warga emas itu pada 15 Mac lalu.“Laporan dibuat di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.Sementara itu, mengulas mengenai kejadian, Pengerusi Kariah masjid berkenaan, Ismail Din berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 malam pada 12 Mac lalu.Pada mulanya, wanita itu bertanya kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal serta imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.“Bagaimanapun, wanita itu kemudian melontarkan soalan berbaur provokasi iaitu ‘siapakah bilal dan imam yang sedang menyalak seperti anjing, membaca selawat dan bacaan al-Quran itu? Bacaannya seperti syaitan bersuara sumbang, menyalak seperti anjing gila’.“Sebelum ini dua kali wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati menerusi kiriman surat dan kali ketiga dia datang ke masjid namun begitu kami tidak membuat laporan polis susulan kami dapati keadaan wanita itu seperti mempunyai masalah kesihatan mental.“Namun selepas video berhubung kejadian tular di media sosial kami terpaksa buat laporan bagi mengelakkan timbul isu lain termasuk kejadian sama berulang,” katanya hari ini.Mengulas lanjut, Ismail berkata, keluarga kepada wanita itu ada menghubunginya dan mendakwa wanita itu mempunyai masalah kesihatan mental selepas pulang dari London.“Susulan itu, kami merancang mahu mengadakan majlis pertemuan supaya wanita itu membuat permohonan maaf serta merapatkan kembali ukhwah kedua-dua pihak namun tarikhnya belum ditetapkan.“Dalam masa sama, kami juga maklum kepada keluarga wanita itu siasatan lanjut akan dilakukan pihak berkuasa,” katanya.Terdahulu, tular beberapa rakaman kamera litar tertutup memaparkan seorang wanita memasuki ruang solat lelaki sebelum melontarkan soalan berbaur provokasi perkauman. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia