Polis tembak mati penjenayah paling dikehendaki

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tee Tian Kee berkata, polis menerima laporan sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 3.15 pagi.

“Polis berjaya mengesan kereta suspek sebelum disedari lelaki berusia 29 tahun itu yang kemudiannya memecut laju kenderaan tersebut.

“Kereta suspek kemudiannya terbabas sebelum dia bertindak keluar daripada kenderaan dan melepaskan satu tembakan ketika dihampiri polis,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak sebentar tadi.

Katanya lagi, sebagai langkah keselamatan, polis turut melepaskan tiga das tembakan menyebabkan suspek mati di tempat kejadian. – Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap