Polis tembak mati dua suspek kes tembak, bunuh

Menurut laporan Kosmo Online, dua suspek yang menaiki kereta jenis Proton Waja ditahan sepasukan polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan pada jam 4 pagi sebelum mereka bertindak melepaskan beberapa tembakan ke arah pasukan keselamatan itu.

Bagaimanapun, bagi mempertahankan diri pihak polis melepaskan beberapa das tembakan terhadap dua lelaki itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 20-an rebah di lokasi selepas terkena tembakan yang dilepaskan pihak polis.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menemui 11 paket dadah serta dua pucuk pistol dalam kereta tersebut.

“Hasil siasatan mendapati dua suspek ini terlibat dalam empat kes bunuh termasuk kes tembak mati seorang lelaki di Jinjang pada awal Januari lalu.

“Selain itu, kita juga percaya mereka ini ahli kongsi gelap, namun siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti geng mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia