Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, kedua-dua penjenayah berusia 30-an berkenaan ditembak mati selepas cuba menyerang polis yang membuat serbuan di rumah kosong berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dev Kumar berkata, ketika serbuan, salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah anggota polis terbabit menggunakan senapang buatan sendiri manakala seorang lagi cuba menyerang menggunakan parang.
“Dalam usaha mempertahankan diri, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan mengakibatkan kedua-dua penjenayah berkenaan mati di tempat kejadian,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.