Polis tahan suami belasah isteri hidang lauk sejuk

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, suspek yang berusia 33 tahun telah memukul mangsa berusia 34 pada pukul 4 petang hari Ahad kerana marah dihidangkan lauk yang sejuk.

“Apabila mangsa mahu memberi anjing makan lauk yg dimasak, suspek marah dan memukul pengadu menggunakan tali pinggang dan rotan,” katanya pada Selasa.

Khoo berkata, mangsa seorang suri rumah mengalami kesan lebam dan calar akibat di rotan dan dipukul dengan tali pinggang di kaki, tangan dan seluruh badan.

“Mangsa sering dipukul suspek,” katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman tiga hari sehingga Khamis ini. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap