Suspek berusia 43 tahun itu ditahan polis Trafik Kuala Lumpur bersama isteri serta seorang anak perempuannya pada pukul 4.30 petang.
Satu sumber berkata, suspek yang memandu pacuan empat roda jenis Kia Sportage turut menggunakan nombor pendaftatan ‘WWE 3621 Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara Tuanku Raja Merongmahawangsa II Sultan Kedah Asal Imam Almahdi’.
“Suspek yang mendakwa dirinya Nabi Isa itu mengeluarkan kata-kata provokasi termasuk ugutan bunuh terhadap pemimpin serta ketua polis negara ketika kita menahanya.
“Lelaki yang berasal dari Kedah itu mengatakan dia akan membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sekiranya berjaya mengambil alih negara bersama orang-orangnya,” katanya memetik Kosmo Online.
Difahamkan, suspek itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.