Polis tahan isteri tikam suami

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata wanita terbabit yang berusia 30 tahun dan mempunyai dua orang anak ditahan di rumahnya.

“Mangsa yang berusia 33 tahun dikatakan berselisih faham dan bertengkar dengan isterinya sebelum dia ditikam di perut sebelah kiri.

“Mangsa kini berada dalam pemerhatian doktor dan masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Jaafar,” katanya.

Beliau berkata sebilah pisau kira-kira 25 sentimeter yang dipercayai digunakan si isteri berkenaan turut dirampas.

“Pisau yang digunakan telah dibasuh bersih selepas kejadian,” katanya.

Kes disiasat kerana mendatangkan kecederaan parah. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia