Polis tahan empat Geng Lan Keramat

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pada Ahad lalu kira-kira pukul 2.38 pagi, dua daripada ahli geng berkenaan bertindak menyamun seorang juruwang warga Bangladesh dengan mengacukan sepucuk pistol mainan dan melarikan wang berjumlah RM636 serta 40 kotak rokok pelbagai jenis.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek berjaya ditahan anggota polis yang secara kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit sementara rakannya meloloskan diri.

“Polis merampas pistol mainan yang digunakan suspek berusia 19 tahun itu dan pemeriksaan selanjutnya turut menemui satu kunci kereta jenis Proton Wira yang dilaporkan hilang di wangsa Maju pada Mac lalu.

“Susulan penangkapan suspek yang dipercayai dalang kepada kumpulan terbabit, polis kemudiannya memberkas tiga lagi lelaki berusia lingkungan 19 hingga 22 tahun di Keramat dan Wangsa Maju,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada Khamis.

Mohamad Roy berkata, kumpulan terbabit aktif melakukan samun sejak Julai lalu dengan jumlah tiga kes di Wangsa Maju dan dua lagi di Pudu, petik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap