Polis sita Rolls-Royce, Lamborghini RM3.4 juta

Dalam satu pemeriksaan kira-kira pukul 1 petang Isnin lalu di kawasan berkenaan, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun bersama kereta jenis Rolls Royce Phantom yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta berwarna emas dan kelabu yang menggunakan nombor pendaftaran DSS.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, lelaki itu datang ketika pemeriksaan sedang dibuat dan mendakwa dia merupakan pemandu kereta itu sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati kereta Rolls-Royce itu melanggar peraturan kerana mempunyai nombor pendaftaran tidak sah, tiada cukai jalan serta tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dirampas dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

“Susulan maklumat daripada rampasan tersebut, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL turut merampas sebuah lagi kereta mewah jenis Lamborghini Aventador dianggarkan bernilai RM1.8 juta di lokasi sama pada petang keesokan harinya,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap