Polis sita harta bernilai RM2.7 juta milik pengedar dadah di Sarawak

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) negeri, Asisten Komisioner (ACP) Lucas Aket berkata, antara harta yang disita ialah rumah, kenderaan dan bangunan kedai.

Katanya, dalam tempoh sama, sebanyak 5,582 tangkapan berkaitan dadah telah direkodkan membabitkan pelbagai kesalahan.

“Usaha berterusan dan aktif polis membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah telah membuahkan hasil apabila aktiviti haram itu berjaya dikurangkan di negeri ini.

“Sepanjang tahun lalu misalnya, kita merekodkan 5, 582 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan dadah termasuk pengedaran di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya dan positif mengambil bahan terlarang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Serah Terima Tugas KJSJN Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor di Kuching pada Jumaat.

Lucas yang dinaikkan pangkat ACP dan ditukarkan sebagai KJSJN Johor bermula minggu depan menyerahkan jawatan kepada pemangkunya, Deputi Superintenden Sekan Anoi, memetik Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap