Polis siasat laporan tiga kanak-kanak didera di taska

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian serta kesahihan gambar itu.

“Saya sahkan laporan polis telah diterima hari ini (daripada orang awam) dan gambar yang ditularkan itu dalam siasatan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Gambar yang memaparkan tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan serta mulut yang didakwa berlaku di sebuah taska di Bangi itu, tersebar di laman sosial pada Khamis.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap