Polis Siasat Kes Taib Mahmud Dibawa Keluar Dari Hospital

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan dakwaan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital, malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan orang lain.

“Polis Kontinjen Sarawak telah mengesan satu hantaran tular melibatkan Tun Abdul Taib Mahmud yang telah dimuat naik dalam media sosial.

“Sehubungan itu polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara berkenaan serta tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar, kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain. – BERNAMA

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia