Polis serbu pusat rawatan bekam

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata, kesemua wanita berkenaan terdiri daripada warga China, Laos dan Thailand yang berusia antara 28 hingga 43 tahun dipercayai pekerja di pusat bekam berkenaan yang baru beroperasi semalam.

“Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang ketika itu berada di pusat berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan dan semasa serbuan, tiada pelanggan di premis tersebut.

“Polis turut merampas sebuah komputer riba, beberapa buah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM378,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada wanita berkenaan ditahan kerana tidak mempunyai dokumen yang sah, Chang Keong berkata, ia masih dalam siasatan mengikut Seksyen 44 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia