Polis selesai ambil keterangan penganjur

Polis Pahang telah mengambil keterangan wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 berhubung tragedi yang meragut nyawa dua beranak di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di Kuantan, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza Seman, 38, iaitu isteri dan ibu kepada mangsa rempuhan kenderaan jenis go-kart itu.

“Kita akan mengambil keterangan beliau tetapi kita masih memberikan sedikit masa untuk beliau tenang dan stabil,” katanya semasa dihubungi pada Selasa.

Bagaimanapun, Abdul Aziz tidak mendedahkan nama wakil UTM dan juga bilangan individu yang telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Pada pukul 11.30 pagi Ahad, penyelia kilang, Izwan Isa, 39, dan anaknya, Nur Zulaikha, 5, meninggal dunia akibat dirempuh sebuah go-kart semasa menonton perlumbaan itu.

Kemalangan yang dipercayai berpunca apabila tiga buah go-kart bergesel sesama sendiri turut menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulungnya, Muhammad Izz Daniel, tujuh, cedera, namun keadaan mereka kini stabil. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia