Polis Sarawak minta bantuan Interpol buru Stephen Lee

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar, berkata hasil siasatan mendapati perancang itu yang dikenali sebagai Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dari Tanjong Lobang, Miri melarikan diri ke Singapura pada 23 Jun lalu.

“Lee kemudian berlepas ke Melbourne, Australia pada 3 Julai dari Singapura. Lokasi terkini Lee masih belum diketahui dan pasukan petugas menyiasat kes ini memohon bantuan Interpol bagi mengesannya,” katanya kepada pemberita di Miri pada Khamis.

Kayong, 43, ditembak mati dalam kenderaannya di persimpangan jalan di Lutong kira-kira 8.20 pagi pada 21 Jun lepas.

Namun Dev berkata polis Sarawak masih belum menerima jawapan Interpol. Selain Lee, dua lagi rakannya iaitu pemilik KTV Lounge, Kong Sien Ming, 35, dan Chin Wui Chung @Ah Chung, 50 yang juga pembantu peribadi Lee turut diburu.

“Kita yakin kedua-duanya (Kong dan Chin) masih berada dalam negara,” kata Dev sambil menambah waran ditangkap terhadap ketiga-tiga individu berkenaan telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Miri pada 9 Julai lalu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek untuk memaklumkan kepada polis supaya mereka dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Gambar serta alamat ketiga-tiganya diedarkan kepada media hari ini untuk membantu orang ramai mengecam wajah individu yang diburu tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut telah dituduh bersama Lie Chang Loon, 37, dan Mohamad Fitri Fauzi, 29.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama pada 15 Julai lalu di Mahkamah Majistret Miri.

Pada tarikh dan tempat yang sama, Mohamad Fitri turut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia