Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Kematian Dua Individu Dalam Kereta

KUALA LUMPUR: Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang lelaki dan seorang wanita di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof berkata hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua barangan peribadi milik Roshashidi Abron, 41, dan rakannya Norlina Seeron, 43, masih berada di dalam kereta itu.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu semalam dan pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta itu diletakkan di kawasan parkir pada 6.42 pagi Isnin lepas dan pemandu serta penumpangnya tidak keluar daripada kereta berkenaan.

“Pasukan forensik polis telah ke lokasi kejadian dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur perbuatan jenayah ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Azman berkata kedua-dua mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan polis masih menunggu laporan kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian. – BERNAMA

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia