Polis sahkan tahan ibu rantai anak di tiang

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.35 petang.

Hasil makumat daripada orang ramai, polis bekejar ke taman permainan itu dan mendapati, pelajar tahun dua dari sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina itu dirantai oleh ibu di sebuah tiang.

Hasil siasatan mendapati pelajar itu didenda kerana enggan ke sekolah.

“Pihak polis telah meminta kunci dari ibu mangsa dan membuka rantai besi pada kaki anaknya.

“Seterusnya ibu mangsa dan anaknya telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk disoal siasat. Kes masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap