Polis sahkan penemuan mayat Noor Amila Edrus

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sumber polis memberitahu kanak-kanak itu ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

“Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan,” kata Abdul Hamid.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara Khamis lalu sebelum ditemui sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.

Menurut sumber, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Bangkong di Batu 5, Jalan Ipoh kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Terdahulu, jenazahnya disolatkan di Surau Al Hijriah, Jinjang Utara selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Kuala Lumpur.

Anggota keluarga dan saudara-mara kanak-kanak itu serta penduduk kampung menghadiri pengebumian itu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia