Polis sahkan gambar Facebook mangsa culik di Semporna

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedia maklum mengenai akaun Facebook dengan nama ‘Victor Troy Poz’ itu.

“Saya sedia maklum mengenai akaun terbabit dan polis sedang giat menjalankan siasatan.

“Pihak polis turut sedang mengesan sekiranya akaun Facebook itu telah dibuat di dalam negara ataupun di luar negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Gambar berkenaan memaparkan keempat-empat mangsa berada dalam keadaan mencangkung sambil memegang sekeping kertas bertulis ‘Victor Troy’ berserta tarikh 8 April

Gambar tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun terbabit pada Ahad lepas.

Semalam, Khalid mengesahkan empat mangsa rakyat Malaysia yang diculik iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, masih hidup

Mereka antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia, apabila diculik. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia