Polis Narkotik Sabah rampas RM1 juta syabu

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah, Superintendan Mohamed Fadzil A Rahman, berkata polis turut menahan empat suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 20 tahun hingga 34 tahun.

Beliau berkata, semua dadah berkenaan dimasukkan dalam 10 bungkusan plastik teh Cina berwarna hijau, kuning dan putih, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kita turut menyita beberapa barangan lain kepunyaan suspek termasuk tiga kenderaan iaitu dua Toyota Vios dan sebuah Toyota Hilux, barangan kemas dan akaun yang dibekukan dengan nilai RM158, 925,” katanya pada sidang media, pada Jumaat.

Beliau berkata, ia adalah rampasan terbesar membabitkan kes syabu di Kota Kinabalu bagi awal tahun ini. -BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap