Polis nafi ada pergaduhan di KL

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihaknya akan mengenakan tindakan kepada individu yang menyebarkan maklumat palsu dan menghasut di laman media sosial untuk menakutkan orang ramai.

“Sesiapa yang mengedarkan berita palsu dan menghasut orang lain untuk mempercayai khabar angin itu melakukan satu kesalahan menurut undang-undang negara.

“Polis sedang memantau laman media sosial dan mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menangani ancaman ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata berita palsu itu dipercayai sengaja disebarkan dengan menjadikan isu perkauman sebagai alasan untuk melakukan kekacauan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia