Polis maut tertembak diri sendiri

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Sarjan Abu Bakar Pander, 51, dari Seremban ditemui mati oleh rakan sekerjanya kira-kira pukul 7 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Jokhiri Abd Aziz berkata kejadian berlaku antara pukul 6.20 pagi dan 6.50 pagi di bilik stor penyimpanan peluru ibu pejabat polis tersebut.

Katanya, semasa kejadian, mangsa sedang bekerja sendiri di dalam bilik stor itu semasa menjalankan kerja penyelenggaraan ke atas beberapa senjata.

“Beberapa das tembakan kedengaran yang terkena dada mangsa dan menyebabkan kematiannya,” kata Jokhiri dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata mangsa yang mempunyai 30 tahun pengalaman bekerja ditemui terbaring di atas lantai oleh rakan sekerjanya.

Satu pasukan perubatan dari Hospital Sultan Ismail dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia.

“Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Seremban untuk dikebumikan,” kata Jokhiri, memetik mStar Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap