Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata suspek adalah warga tempatan berusia 30-an.
Katanya, suspek dipercayai sudah melarikan diri ke Thailand dan pihaknya akan mendapatkan kerjasama dengan polis negara berkenaan bagi menangkap suspek.
“Dalam kes ini, kita percaya ia didalangi empat individu dan kita kini mengesan identiti tiga lagi suspek,” katanya, memetik laporan BH Online.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi Jumaat lalu, Anisah bersama dua rakannya melakukan rondaan di Banggol Chicha, Pasir Mas sebelum mengesan kenderaan dipercayai milik penyeludup.
Mangsa mengejar penyeludup sebelum dirempuh tonto dari arah belakang sebanyak dua kali sebelum kenderaan mereka terbabas sehingga melanggar pokok.
Mangsa yang sudah berkhidmat selama 30 tahun dalam JKDM meninggal dunia jam 11.20 malam kelmarin akibat kecederaan dalaman.