Polis gesa perusuh parlimen serah diri, termasuk anak Tajuddin

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata laporan polis telah dibuat oleh pegawai polis yang bertugas di Parlimen dan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Pada jam lebih kurang 11.00 pagi, 24 November 2016, satu kejadian merusuh telah berlaku di bahagian luar lobi Parlimen yang melibatkan penyokong ahli Parlimen Pasir Salak dengan ahli Parlimen Shah Alam (Khalid Samad).

“Dalam kejadian ini tiada sebarang kecederaan dialami oleh mana-mana individu.

“Pihak polis telah mengenal pasti 10 individu yang terlibat dalam insiden ini dan pihak polis meinta mereka yang terlibat untuk tampil menyerah diri bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dewan Rakyat pagi ini kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diserang beberapa individu yang merupakan penyokong Tajuddin.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah diserang ketika sedang berjalan menunggu ke Dewan Rakyat.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri