Polis geledah rumah dan pejabat Rafizi

Polis menggeledah pejabat dan rumah Ahli Parlimen PKR-Pandan Rafizi Ramli malam tadi selepas ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada petang Selasa.

Pada mulanya polis membawa Rafizi ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya untuk mengambil beberapa dokumen dan sebuah komputer untuk membantu siasatan.

Rafizi yang turut dibawa bersama sempat berjumpa dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selepas menghabiskan masa hampir setengah jam di ibupejabat PKR itu, polis kemudiannya ke pejabat Rafizi di Pandan, sebelum mengeledah apartmennya di Bukit Antarabangsa.Â

Di rumah itu, polis merampas sebuah komputer riba dan sebuah telefon. Rafizi memberitahu pemberita bahawa isteri dan anak lelaki yang berusia dua setengah tahun tidak berada di rumah.

Rafizi dipercayai ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Beliau akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Â

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri