Polis berkas 11 suspek dan bongkar dua makmal proses dadah

Serbuan yang dilakukan antara pukul 6 pagi hingga 2 petang itu turut berjaya membongkar dua lokasi termasuk sebuah kilang kosong yang dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Kiang berkata, serbuan turut berjaya merampas syabu seberat 16.8 kilogram dan 50 gram ganja bernilai RM1.2 juta.

“Selain dadah, turut disita ialah dua kenderaan jenis Toyota Camry dan BMW, wang tunai sebanyak RM18,631 dan SD$72 (RM225), dua utas rantai serta sebentuk cincin berjumlah RM220,000.

“Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, memetik Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap